Thursday, April 7, 2011

Permohonan untuk jawatan (Fast Track) Pensyarah Cemerlang IPG telah dibuka

1. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi jawatan  (Fast Track) Pensyarah Cemerlang IPG seperti yang telah disebut dalam Jerayawara The New IPG telah dibuka.

2. Untuk mendapatkan salinan surat iklan dan borang-borang, sila layari pautan laman KPM ini.

3. Taklimat tentang pengisian jawatan ini telah diberikan kepada Timbalan-timbalan Pengarah IPG bersama KUKP/PE/PEK atau wakil pada 7hb April 2011 mengikut 3 zon iaitu zon utara dan timur di IPG Kampus Perlis, zon tengah dan timur di IPG Kampus Raja Melewar dan zon Sabah & Sarawak di IPG Kampus Gaya.

4. Taklimat di peringkat IPGK adalah mengikut IPGK masing-masing.

Sekian, untuk makluman & tindakan.

Sunday, March 6, 2011

Jerayawara The New IPG di IPG Zon Utara A - Kampus Ipoh, Pulau Pinang dan Tuanku Bainun



Jerayawara di IPG Zon Utara A yang melibatkan tiga buah IPG iaitu Kampus Ipoh, Kampus Pulau Pinang dan Kampus Tuanku Bainun telah selamat dilaksanakan dengan jayanya. Pengerusi pasukan jerayawara Tn. Hj. Hashim Bin Derahman telah menyatakan rasa puas hati terhadap persembahan ahli pasukan yang dianggap sebagai cemerlang. Beliau juga gembira dengan sambutan yang telah diberikan oleh pensyarah-pensyarah IPG kampus yang terlibat.
Sesi maklum balas yang telah diadakan di akhir setiap pertemuan, secara amnya, menunjukkan sikap yang sangat positif daripada pensyarah-pensyarah terhadap konsep Gagasan Baharu IPG ini. Banyak cadangan telah diberikan selain daripada soalan-soalan yang meminta penjelasan terutama tentang status semasa jawatan pemangkuan.
Seperti dijanjikan, semua soalan serta cadangan akan dikumpulkan dan akan diserahkan kepada IPGM untuk diambil tindakan seterusnya.

Friday, March 4, 2011

Zon Sarawak - IPGK Sarawak

4 Mac 2011 : MIRI
Taklimat Jerayawara di IPG Kampus Sarawak berlangsung dalam suasana yang lancar. Sebanyak 24 soalan dikemukakan oleh pensyarah.

Pensyarah teruja dengan pantun En. Hamzah, fasilitator dari IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka yang berbunyi:
Burung nuri terbang tinggi
Hinggap di Miri bertambah seri
e-pembelajaran budaya kini
New IPG cabaran menanti.


Thursday, March 3, 2011

Zon Sarawak - IPGK Rajang


3 Mac 2011 : RAJANG
Taklimat Jerayawara di IPG Kampus Rajang berlangsung dalam suasana yang lancar. Sebanyak 24 soalan dikemukakan oleh pensyarah.


Pensyarah teruja dengan pantun En. Hamzah, fasilitator dari IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka yang berbunyi:

Kampus Rajang indah dipandang
New IPG harapan kita
Berkongsi ilmu berbagai bidang
e-pembelajaran budaya kita.

Wednesday, March 2, 2011

Zon Sarawak - IPGK Tun Abdul Razak


2 Mac 2011 : KOTA SAMARAHAN
Taklimat Jerayawara di IPG Kampus Tun Abdul Razak berjalan dengan lancar. Sebanyak 24 soalan dikemukakan oleh pensyarah. Pensyarah teruja dengan memberi harapan kepada Gagasan baru IPG.







Petang bergegas ke LTAB Kuching untuk berangkat ke Sibu menggunakan MASWing. Esok Taklimat Jerayawara di IPG Kampus Rejang.

Tuesday, March 1, 2011

Zon Sarawak


1 Mac 2011 : KUCHING
Taklimat Jerayawara di IPG Kampus Batu Lintang, Kuching berjalan dengan lancar. Sebanyak 27 soalan dikemukakan oleh pensyarah. Pensyarah teruja dengan Gagasan baru IPG

Sunday, February 27, 2011

Kemaskini tarikh Jerayawara Utara Zon A

2 Mac 2011 Rabu      jam 2.00 petang  - IPG Kampus Ipoh
3 Mac 2011 Khamis  jam 8.00 pagi      - IPG Kampus Pulau Pinang
4 Mac 2011 Jumaat   jam 8.00 pagi      - IPG Kampus Tuanku Bainun

Harap maklum.