Sunday, March 6, 2011

Jerayawara The New IPG di IPG Zon Utara A - Kampus Ipoh, Pulau Pinang dan Tuanku Bainun



Jerayawara di IPG Zon Utara A yang melibatkan tiga buah IPG iaitu Kampus Ipoh, Kampus Pulau Pinang dan Kampus Tuanku Bainun telah selamat dilaksanakan dengan jayanya. Pengerusi pasukan jerayawara Tn. Hj. Hashim Bin Derahman telah menyatakan rasa puas hati terhadap persembahan ahli pasukan yang dianggap sebagai cemerlang. Beliau juga gembira dengan sambutan yang telah diberikan oleh pensyarah-pensyarah IPG kampus yang terlibat.
Sesi maklum balas yang telah diadakan di akhir setiap pertemuan, secara amnya, menunjukkan sikap yang sangat positif daripada pensyarah-pensyarah terhadap konsep Gagasan Baharu IPG ini. Banyak cadangan telah diberikan selain daripada soalan-soalan yang meminta penjelasan terutama tentang status semasa jawatan pemangkuan.
Seperti dijanjikan, semua soalan serta cadangan akan dikumpulkan dan akan diserahkan kepada IPGM untuk diambil tindakan seterusnya.

5 comments:

  1. Jawatan pemangkuan pensyarah fasa 3 mesti diberikan kpd semua pensyarah yg dilantik sbgai pensyarah ipg sebelum tahun 2008.

    pengarah ipg cawangan jangan bersetongkol dengan penipuan.

    ReplyDelete
  2. IPG - jangan tiap-tiap minggu mahu berhimpun. elok perhimpunan sebulan sekali saja, atau kurangkan. ingat, IPG bukan sekolah lagi

    ReplyDelete
  3. Benarkah Rektor IPG th menarik 37 atau 39 jawatan DG48 di IPG cawangan utk diberikan kepada pegawai BPG. Pegawai BPG?

    Kalau benar, ini adalah penyalahgunaan kuasa rektor. Sila Lapor ke SPRM

    ReplyDelete
  4. 1. Sepatutnya The New IPG perlu memberi pengiktirafan kepada pensyarah dlm bidang akademik dgn kenaikan pangkat bukan shj dlm bentuk DG48-DG52-DG54-JUSA tetapi pengiktirafan ilmu dan pengalaman dlm bentuk pangkat Prof dan Prof Madya. Ini baru duduk dan berdiri sama tinggi dgn pensyarah IPTA lain.

    2. Pengarah/Ketua di setiap IPG perlula sekurang-kurangnya mempunyai taraf akademik PhD, supaya sekrg2nya ilmu dan pengalamannya dihormati dan disegani sebagai kecemerlangan pedagogi dan membawa gagasan the New Ipg.

    3. Dalam gagasan New IPG, penyelidikan dan inovasi telah ditekankan. Namun, sehingga hari ini bajet khusus utk tujuan itu belum dipraktis. R&D bukan menggunakan air liur tetapi memerlukan bajet kewangan.

    4. Saya cadangkan supaya pegawai yg mahu merangka dan melaksanakan sistem dan budaya IPTA di IPG perlu dipinjamkan selama 3 bulan di IPTA supaya mereka dapat menyelami dan menghayati sistem dan budaya IPTA dari segi perjawatan, kewangan, kurikulum dan penilaian dsbnya. Ini adalah supaya, New IPG yg dirangka tidak dicaci kerana ketinggalan zaman.

    ReplyDelete
  5. 1. Terima kasih ke atas komen yang telah diberikan.
    2. Saya setuju dengan motto philo@sophia seperti dalam blognya dan izinkan saya papar semula di sini:

    "Small minds discuss persons, Big minds discuss events, Intelligent minds discuss ideas, But Genius acts in silence"

    3. Sudah tentu komen-komen atau penulisan kita menunjukkan tahap pemikiran kita.

    4. Oleh itu saya ingin menyeru agar komen-komen yang diberi, seperti matlamat blog ini, biarlah yang berbentuk ilmiah yang diharapkan dapat membawa kebaikan kepada semua.

    ReplyDelete