Tuesday, February 22, 2011

Pembentangan The New IPG

1. The New IPG telah dibentangkan dalam mesyuarat pengarah-pengarah IPG oleh Timbalan Rektor IPGM, Dr Amin Senin, di The Regency Darul Aman hari ini.
2. Apa yang telah disampaikan, pada dasarnya, telah diterima dengan beberapa cadangan penambahbaikan daripada pengarah-pengarah.
3. Seterusnya, satu pasukan khas akan melaksanakan jerayarawa The New IPG pada awal Mac serentak ke seluruh IPG.
4. Semoga The New IPG dapat difahami dan dihayati oleh seluruh warga IPG!

3 comments:

  1. Niat untuk meningkatkan taraf ipg setaraf universiti merupakan satu perkembangan yang baik demi menjulang bidang pendidikan ke persada dunia. Setiap perancangan yang dibuat perlulah mengambil kira keperluan dan kemampuan tenaga pengajar serta prasarana yang lengkap agar pelaksanaannya tidak terencat oleh hal2 yang tidak sepatutnya.
    Secara jujurnya saya melihat dari segi tenaga pengajar yang berkemampuan dan berpengalaman mencukupi tetapi dari segi prasarananya agak terlalu daif. Sesetengah ipg terlalu daif prasarananya. Hal ini akan merencatkan proses p & p dan aktiviti sokongan untuk melahirkan guru yang berkualiti. Hal penting juga yg perlu diberi perhatian ialah tentang kebajikan pensyarah. Tempat kerja yg tidak kondusif, peralatan untuk p & p seperti lcd, bilik kuliah, dewan kuliah tidak mencukupi. Tambahan pula birokrasi dalam kenaikan gred masih belum selesai sepenuhnya seperti kumpulan fasa 3 yang sepatutnya mendapat faedah spt kawan2 fasa 1 dan 2.

    ReplyDelete
  2. HALANGAN AKSES INTERNET IPG

    Semua IPG telah membelanjakan jutaan ringgit untuk jaringan internet di setiap IPG. Akan tetapi, kegunaannya amat terhad dab boleh dikatakan membazir wang rakyat kerana kebanyakan bahan ilmiah telah diblokkan oleh pihak bertanggungjawab yang sangat pintar halang akses.

    Jaringan internet ini menjadi projek gajah putih yang tidak berguna langsung untuk pihak-pihak yang ingin mencari bahan ilmiah. Contohnya : bahan "Perintah Am" pun dihalang akses!!! Apa lagi bahan ilmiah lain.

    Ia umpama bapa menyediakan jamuan makan untuk anaknya tetapi anaknya tidak dibenarkan makan jamuan tersebut. Ada akses jaringan internet disediakan tetapi ia tidak langsung berguna untuk membuat mencari bahan kajian atau P&P.

    Adakah ini akan berterusan?

    Adakah semua pelajar dan pensyarah yang berusaha meningkat penggunaan TMK khasnya akses internet untuk mencari bahan ilmiah patut dihalang secara menyeluruh?

    Bagaimanakah IPG boleh mencapai Pendidikan bertaraf dunia dengan pemikiran sempit pihak tertentu yang halang akses maklumat.

    Kalau dibandingkan dengan kemudahan akses internet antara sekolah dan IPG, sekolah jauh lebih terbuka daripada IPG contoh SMK Dato Onn, Jalan San Peng, Kuala Lumpur pun menggalakkan semua guru dan pelajar akses internet secara bebas.

    Kalau ini berterusan, saya ingin cadangkan agar akses internet di IPG patut diberhentikan kerana tidak berfaedah langsung kerana tidak mencapai faedah kegunaannya secara holistik dan merupakan satu pembaziran.

    ReplyDelete
  3. Pensyarah dalam kategori DG. Ini bermakna, pensyarah merupakan tenaga pendidik yang seharusnya mendapatkan faedah sebagai DG (guru di sekolah).

    Sebagai seorang pensyarah akademik bukan senang, sama seperti peranan seorang guru di sekolah. Masa cuti sekolah merupakan cuti untuk rehatkan diri daripada stres dan beban tugas. Ini merupakan hak tenaga pengajar akademik.

    Kerja waktu pejabat ialah waktu kerja pihak pengurusan bukan tenaga pendidik seperti yang terdapat dalam Perintah Am. Ini bukan masa bekerja tenaga akademik tetapi Pihak Pengurusan (Pentadbir). Perbezaan ini nyata kerana yang mentadbir kurang atau tidak langsung terlibat dalam mendidik.

    Yang mendidik akan lakukan tugas sebagai pendidik - mendidik, gubal soalan projek/peperiksaan/modul, periksa projek/soalan peperiksaan, merancang P&P dan memantau pelajar praktikum. Ini merupakan antara tugas tenaga akademik. Bukan semua pensyarah akademik terlibat dengan pengurusan secara langsung. CORE JOB : TEACHING

    Adakah semua pensyarah IPG bergelar Pentadbir?
    Kalau ya, mereka harus mentadbir / mengurus bakal guru (bukan mendidik dan membentuk bakal guru).

    Saya ingin syorkan faedah cuti dan masa bekerja tenaga akademik sepatutnya selaras dengan faedah yang diterima seperti tenaga akademik di sekolah. Ia seharusnya dikekalkan status quo.

    ReplyDelete